Peringatan buat diri ini

" Dalam hati ibu berkata: pergilah anakku...belajarlah bersungguh-sungguh, jangan kau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan..ibu tak hantar kamu kesana melainkan ibu percaya kepada kaum..kerana kamu anak ibu..." Dlm jiwa ayah pula berkat anakku, ayah lepaskan kamu dgn sejuta doa agar kamu tak pernah lupa nama yang kamu bawa d hujung namamu..hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa piala kejayaan anakku.." kenangilah mereka dala m setiap yang akan kamu lakukan HIDAYAH...

Asmaul Husna

Khamis, 31 Disember 2009

1431H or 2010


Dear Friends, i Love u all...sory 4 all the mistake that i've done in this year 2009. hope our frenship will b better in 2010 and will never end...InsyaALLAH

Bidadari untuk saidina UMAR R.A


Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani sholat dan thowaf di ka'bah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang waro', ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqaroh selama 10 tahun, ia kemudian berjumpa kepada Rasulullah SAW, "wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqaroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab, "sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. Kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat dalam  Al-Qur'an yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Qur'an lainnya.

Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mi'raj menghadap Allah SWT. Baginda  SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimi'rajkan menghadap Allah SWT malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Baginda  SAW taman-taman syurga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu.

Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, "wahai Jibril AS bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril AS menjawab,
"Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.". Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".

Selasa, 29 Disember 2009

Rindu

Aku merindui TEMAN untuk berjuang,
Aku rindui SAHABAT untuk berjihad,
KAWAN senda dan tawa,
SADIQ untuk sama-sama bermuhasabah,
yang sama-sama menuntut ilmu ALLAH,sama-sama b'kerja demi ISLAM,
sama-sama berkorban demiNYA dan saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran...

Ya ALLAH ku mohon jagalah insan yang bergelar sahabatku....semoga kami mendapat maghfirahMU.....amin....

Al-Quran sebagai pembela di hari akhirat



Abu Umamah r.a berkata :
“ Rasulullah SAW telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari al-Quran, setelah itu Rasulullah SAW memberitahu tentang kelebihan al-Quran”
Telah bersabda Rasulullah SAW :
Belajarlah kamu akan al-Quran, di akhirat nanti ia akan datang kepada ahli-ahlinya yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.” Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya & ia bertanya, “ kenalkah kamu kepadaku? ” maka orang yang pernah membaca akan menjawab:
Siapakah kamu??
Maka berkata al-Quran :
“ Aku yang kamu CINTAI & kamu SANJUNG dan juga telah bangun malam untukku & kamu juga pernah membacaKU di waktu siang hari ”
MASYAALLAH……peliharalah diri hambamu ini, moga sentiasa dekat kepadaMU.


Kisah kelebihan berpuasa 10 MUHARRAM


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah SAW bersabda :
“sesiapa yang berpuasa  pada hari Aasyura (10 Muharram), maka Allah SWT akan memberi  kepadanya pahala 10,000 Malaikat, diberi pahala 10,000 orang berhaji & berumrah dan 10,000 pahala orang mati syahid dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah SWT akan menaikkan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang member makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mu’min pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia member makan pada seluruh ummat Rasulullah SAW yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka”
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah SAW :
“ Ya Rasulullah SAW, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?? ”
Maka Baginda bersabda :
“ Ya memang benar.
Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada 10 MUHARRAM
¬  Allah SWT menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura,
¬  Allah SWT menjadikan laut
¬  Allah SWT menjadikan bukit-bukit
¬  Allah SWT menciptakan Nabi Adam dan Hawa
¬  Lahirnya Nabi Ibrahim
¬  Allah SWT menyelamatkan Nabi Ibrahim dari Api
¬  Allah SWT menenggelamkan Firaun
¬  Allah SWT menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s
¬  Allah SWT menerima taubat Nabi Adam
¬  Allah SWT mengampunkan dosa Nabi Daud a.s
¬  Allah SWT mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman
¬  Berlakunya HARI KIAMAT itu pada hari Aasyura

Marilah kita renungkan bersama fadhilat 10 Muharram….apa tunggu lagi?? Ikhlaskan diri kita melakukan perkara2 sunat…semoga kita diberkati & dirahmati olehNYA..amin!!

Sabtu, 19 Disember 2009

JUST A REMINDER


Teman,
Atas tautan ukhwah,
Juga atas satu dasar yang kukuh,
Nan aqidah muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman…
Wahai temanku an-nisa',
Engkau sedia maklum,
Enkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu…
Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi…
Wahai temanku an-nisa',
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
Ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi,
Juga ingin memanjai…
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu…
Tetapi temanku an-nisa',
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah…
Kalau benar engkau mengasihinya,
Kasihinyalah kerana Pencopta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya,
Kerananya,
Engkau tak kan bias,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bias,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an-nisa'
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila…
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?
Wahai temanku ar-rijal,
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNYA,
Letakkanlah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNYA,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bemukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNYa,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya,
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA,
Dan engkau tahu bukan?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?
Sahabatku an-nisa',
Sahabatku ar-rijal,
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLah,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNYA yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia…
Sedikit Cuma…
Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,
Engkau takkan rindu
Andai sehari tak bersua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan I LOVE U,
Kerana engkau percaya…
DIA yang terbaik,
Lantaran DIA yang terbaik,
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya…
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN.
Dan itulah yang terbaik buat kalian,
Kalau ada jodoh tak kemana…
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNYA?
Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Alu tidak membencimu,
Tetapi aku membenci munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kitakan sama-sama meredah lautan api..
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!!!!
Nauzubillahi min zalik…
Sama-samalah teman,
Pagarilah imanmu,
Agar si iman itu tidak terlepas,
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita…
Yakinlah dengan IA…
Serahkan segalanya pada IA…
Kerana DIA tahu yang terbaik,
Sedangkan kita tidak…
ALLAHU a'lam…
Akhirul kalam…
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA,
Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA,
Engkau akn gelisah andai DIA,
Tidak mendengar rintihanmu…
Engkau kan rindu,
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai,
Doamu ditolak…
Dan itulah cinta hakiki…
Kerna engkau yakin,
Di sana adanya sebuah,
Pertemuan di taman SYURGA yang indah…

salam maal Hijrah 1431

 Al-quran itu kenal siapa sang perindunya, ia kenal siapa yg bersengkang mata dan mujahidah yg membacanya, ia kenal siapa yang menhayatinya, mengamal segala ahkamnya, memperjuang segala perintah, seruan serta petunjuknya..jadi berbahagialah wahai generasi al-Quran!! pada zaman manapun dirimu berada.cukuplah engkau faham erti menjaga dan mengamalkannya!! Moga kita memperoleh kemanisan bersamanya..amin..

salam ma'al hijrah 1431 kepada seluruh umat Islam di dunia...


Rabu, 9 Disember 2009

KATA MUTIARA 2


saya menuntut ilmu bukan sekadar berbangga
saya menuntut ilmu untuk ke syurga
saya bekerja bukan sekadar mencari harta
saya bekerja untuk ke syurga
saya berbakti kepada org tua bukan sekadar balas jasa
saya berbakti kepada org tua untuk ke syurga
saya kembali pulang bukan sekadar nostalgia
saya kembali pulang untuk ke syurga
kupilih kamu bukan sekadar cinta
kupilih kamu untuk ke syurga
kujauhi yang lain bukan kerana tak suka
kutinggalkan yang lain kerana takut dosa.......

Assalamualaikum

Doa

Doa

my signature


***