Peringatan buat diri ini

" Dalam hati ibu berkata: pergilah anakku...belajarlah bersungguh-sungguh, jangan kau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan..ibu tak hantar kamu kesana melainkan ibu percaya kepada kaum..kerana kamu anak ibu..." Dlm jiwa ayah pula berkat anakku, ayah lepaskan kamu dgn sejuta doa agar kamu tak pernah lupa nama yang kamu bawa d hujung namamu..hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa piala kejayaan anakku.." kenangilah mereka dala m setiap yang akan kamu lakukan HIDAYAH...

Asmaul Husna

Sabtu, 19 Disember 2009

JUST A REMINDER


Teman,
Atas tautan ukhwah,
Juga atas satu dasar yang kukuh,
Nan aqidah muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman…
Wahai temanku an-nisa',
Engkau sedia maklum,
Enkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu…
Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi…
Wahai temanku an-nisa',
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
Ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi,
Juga ingin memanjai…
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu…
Tetapi temanku an-nisa',
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah…
Kalau benar engkau mengasihinya,
Kasihinyalah kerana Pencopta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya,
Kerananya,
Engkau tak kan bias,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bias,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an-nisa'
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila…
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?
Wahai temanku ar-rijal,
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNYA,
Letakkanlah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNYA,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bemukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNYa,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya,
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA,
Dan engkau tahu bukan?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?
Sahabatku an-nisa',
Sahabatku ar-rijal,
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLah,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNYA yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia…
Sedikit Cuma…
Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,
Engkau takkan rindu
Andai sehari tak bersua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan I LOVE U,
Kerana engkau percaya…
DIA yang terbaik,
Lantaran DIA yang terbaik,
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya…
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN.
Dan itulah yang terbaik buat kalian,
Kalau ada jodoh tak kemana…
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNYA?
Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Alu tidak membencimu,
Tetapi aku membenci munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kitakan sama-sama meredah lautan api..
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!!!!
Nauzubillahi min zalik…
Sama-samalah teman,
Pagarilah imanmu,
Agar si iman itu tidak terlepas,
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita…
Yakinlah dengan IA…
Serahkan segalanya pada IA…
Kerana DIA tahu yang terbaik,
Sedangkan kita tidak…
ALLAHU a'lam…
Akhirul kalam…
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA,
Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA,
Engkau akn gelisah andai DIA,
Tidak mendengar rintihanmu…
Engkau kan rindu,
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai,
Doamu ditolak…
Dan itulah cinta hakiki…
Kerna engkau yakin,
Di sana adanya sebuah,
Pertemuan di taman SYURGA yang indah…

Assalamualaikum

Doa

Doa

my signature


***