Peringatan buat diri ini

" Dalam hati ibu berkata: pergilah anakku...belajarlah bersungguh-sungguh, jangan kau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan..ibu tak hantar kamu kesana melainkan ibu percaya kepada kaum..kerana kamu anak ibu..." Dlm jiwa ayah pula berkat anakku, ayah lepaskan kamu dgn sejuta doa agar kamu tak pernah lupa nama yang kamu bawa d hujung namamu..hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa piala kejayaan anakku.." kenangilah mereka dala m setiap yang akan kamu lakukan HIDAYAH...

Asmaul Husna

Rabu, 28 Oktober 2009

salam الامتحان,peperiksaan,exam,試験,Prüfung




Salam sahabat2 sume, Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan untuk diri ini menghirup udara yang segar dan nyaman..ku panjatkan syukurillah...camna persediaan imtihan? berdebar rasanya nak menghadapi peperangan kali ini...takut sangat..semoga Allah memberi kemudahan kepada kita untuk menghadapi peperangan kecil yang bakal menjelma...1hb november ku akan memulakan peperangan bersama-sama sahabat dan warga udm...nasihat dariku kepada sahabat2 yang sama-sama menjalani imtihan nanti, study rajin-rajin,cekalkan hati,banyakkan berzikir denganNYA, dekatkan diri dengan amalan-amalan sunat...semoga kita semua diberkati olehnya...Ameen!!!!


Ahad, 25 Oktober 2009

Anak buah dan cousin2 yang di rindui....


  Adilla Najwa
 Muhammad Irfan Syakirin

                      
(Khadijah Maisarah,Ainul Mardhiah,Sumayyah)

tak sabar nak balik ke negeri tercinta...sabah....rindu dengan karenah dan celoteh anak2 buah dan cousin2....dilla sayang, tunggu bonda tau..jangan nakal2...nant bonda beli ole2 dari terengganu ya cayang...tunggu bonda d airport ya...

planet Zuhal




Gambar ini sempat saya dan sahabat rakamkan ketika pergi ke balai cerap Kusza awal 2009

marilah sahabat-sahabat semua kita berzikir memuji kebesaran iLLahi....Subhanallah!! Alhamdulillah!! Allahuakbar!! indahnya ciptaanNYA

Kebesaran iLLahi


 



Gambar kalimah ALLAH pada akar pokok yang ditemui di UDM campus kusza pada disember 2006.ALLAHUAKBAR!!!






kalimah Allah pada buah Tomato yang telah ditemui oleh Pengemis Cinta iLLahi ketika berada di sabah.SUBHANALLAH!!!! 



Sabtu, 17 Oktober 2009

10 Wasiat

1) Menyegerakan solat apabila tiba waktunya, sepanjang tidak ada keuzuran.

2) Bacalah al-Quran,buatlah kajian dan dengarlah perbahasan ilmiah.berzikirlah kepada Allah,Jangan menghabiskan masa untuk sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat.

3) Rajinlah berusaha bertutur dalam bahasa ARAB dengan fasih kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.

4) Janganlah banyak berdebat dalam segala urusan kerana ia akan membawa kepada pertengkaran yang tidak akan mendatangkan kebaikan.

5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan ALLAH bersifat tenang dan tegas.

6) Janganlah banyak bergurau kerana ummat yang berjuang (jihad) hanya mengenal ketegasan.

7) Janganlah meninggikan suara melebihi had yang diperlukan oleh pendengar kerana ia merupakan perbuatan sia-sia dan menyakitkan hati.

8) Janganlah mengumpat atau memanggil dengan gelaran yang buruk dan janganlah berkata kecuali perkara-perkara yang baik.

9) Berkenalanlah dengan saudara seIslam di mana-mana sahaja, sekalipun dalam keadaan mereka tidak meminta berbuat demikian kerana dasar seruan Islam ialah kasih sayang dan berkenalan.

10) Kewajipan hidup lebih banyak daripada waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya.Jika ada urusan penting, maka segerakanlah ia..

P/S: untuk diriku yang alpa dan lalai....

Jumaat, 16 Oktober 2009

KATA MUTIARA


Andai jiwa parah kerana terluka dengan seribu dugaan, BERISTIGHFARlah….
Andai hati gelisah kerana sesuatu yang di nantikan, BERTAWAKKALlah…
Andai kalbu sayu kerana kejauhan dari nikmatNYA, BERSUJUDlah….
Sesungguhnya, Allah mendengar rintihan dari hatimu yang ikhlas kerana segala pujian-pujian dirafaqkan kepadaNYA dengan kekuatan nuranimu…

Teman, setiap kali bersamamu, hanya senyuman dan ketenangan yang kulihat di wajahmu,
Tikaku di landa badai masalah dan tersungkur jatuh, kau berikanku suntikan semangat..
Teman, andai kau seindah mawar dan aku adalah semalu….bagimu persahabatan tiada diskriminasi..
Ketulusanmu dalam bersahabat menyebabkan diriku sukar melupakanmu..
Teman, tidakku lupa saat manis kita bersama…keranamu teman, aku mengerti kehidupan sebenar..
Terimalah…aku seadanya…buruk dan baikku..Demi sebuah PERSAHABATAN..salam sayang buatmu TEMAN…

Ya ALLAH, kiranya RasulMU hidup berSAHABAT,kurniakan jua aku sahabat,
Tapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong yang membenarkanMU seperti kebenaran As-Siddiq,
Biarlah sahabat-sahabat dari pintu-pintu ilmumu seperti Ali…ya ALLAH, kiranya semua itu tak layak buatku, aku bersyukur dipertemukan SAHABAT yang satu ini…
Mungkin padanya ada segalanya yang tak pernah ku selami..mungkin padanya letaknya apa yang ku impikan selama ini..
Tapi, jika aku seorang sahabat yang tak menghargai, KAU ampunkan dosaku..dan KAU kurniakan kegembiraan kepada sahabatku ini.

Duhai sahabatku…
Titipan Illahi yang teristimewa untukku, Izinkanku menyeka air matamu yang mengalir dek hebatnya ujian ALLAH…akanku sambut dikau kala tersungkur di perjalanan dakwah…dan ingatlah sesungguhnya kau ku kasihi kerana ALLAH.
Ku tak pernah impikan pertemuan ini, apalagi mengharapkan hidup yang kosong kembali berseri,
Haruman ukhwah yang kau sirami bak hembusan kasturi menyegarkan rohani,
Siapa aku tak layak dihargai..Tapi kau tetap tegar melayaniku, ku lafazkan zikir alunan Illahi,
Sujud menangisi anugerah persahabatan suci, moga kita tetap bersama meniti hari,
Jatuh bangun sama dirasai, teruskan perjuanganmu walau darah menitis membasahi bumi.

P/S: terima kasih sahabat yang berada jauh di mata dekat di hati...perjuangan kita masih belum selesai...

Khamis, 15 Oktober 2009

Tolong sampaikan pada si dia…



Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

semoga dia suamiku dunia akhirat.....jika hambamu ini xbertemu jdh di dunia...ku pasrah...keranaku dambakan di akhirat sana...yg pasti & kekal abadi...Ya Rabb semoga diri ini mjadi mawar berduri...redhai & berkatilah hambamu yg dhaif ini..ku hnya seorang wanita yg bengkok...dan ku harapkan dia boleh meluruskanku ke jalan yg ENGKAU redhai...akhirat sana yg ku utamakan….

Luahan Hati

21 ogos 2009 12.49am (Jumaat) 30 Syaaban 1430H (malam yang penuh kedinginan)


Cinta?? Ada apa dengan Cinta?? Ish ni bukan movie Indon 2,sapa nama ia..? owh Rangga dengan Cinta..Erm...Cinta terlalu luas dan dalam maksudnya..sometimes diri ini tak dapat nak takrifkan definisi cinta...yang ku tau,definisi Cinta terlalu abstrak untuk disimpulkan...erm..mesti insan di dunia ini telah merasai & mendalami erti Cinta..betul tak sahabat sume?? hehe..begitu juga dengan diriku..ku telah lama mengenal apa itu Cinta.....antaranya Cinta pada Allah,Rasulullah SAW dan keluarga baginda,para sahabat,para tabiin yang telah berjuang demi menegakkan Agama ALLAH, para mujahid yang berjuang fisabilillah...tidak lupa juga Cinta pada Mama bapaku,familyku dan Cinta pada seseorang iaitu bakal ZAUJKU..(erm,bilakah dirimu muncul dalam hidupku?? ku setia menantimu,jika bukan fid dunia,kita akan bertemu fil akhirat sana yang kekal Abadie..Insyaallah ya zauj..

Selama 23 tahun ku telah melihat dunia ini..(erm xsampai 23 lagi..tapi jika diri ini diberi kesempatan untuk menemui disember 2009! Insyaallah bertambah matanglah aku....dan pada saat itu genaplah umurku 23 tahun!!!..erm matured ke?? hahaha...ketawa jak bah iday nie..huhu..jangan leka iday!!!

Ya RABB, ku syukuri nikmat hidup, nikmat kesihatan yang telah Engkau anugerahkan pada hambamu yang dhaif ini..syukurillah...Alhamdulillah....

Ku termenung sejenak melihat bunga Ros di hujung meja studyku..bunga yang telah diberikan oleh sahabat-sahabatku ketika hari konvokesyen....seingat aku, bunga Ros( Mawar lah) hehe...begitu cantik warnanya,kelopaknya yang lembut...hehe..mampu menawan hati sesiapa yang menerimanya.......hihihi..sewaktu ku terima awal dahulu..Tapi!!!! malam ini baru ke sedar, 3 kuntum bunga Ros telah pun layu menundukkan kelopaknya, daun-daunnya juga telah meluruhkan diri...erm..luruh bukan dekat bawah tanah,just luruh atas meja studyku jer..hehe..

Begitulah nyawa yang ada pada sejambak???erm sekuntum??? bilamasa ku dapat sejambak atau sekuntum bunga nie?? hihi..erm 3 kuntum bunga Ros tadilah...hehe..bunga ada nyawa ker??....Begitulah semua ciptaan Allah di dunia ini..semuanya indah!!! tapi satu saat yang indah itu akan tamat jua riwayatnya...maksudnya, Hidup hanya sementara di dunia ini,tidak akan kekal melainkan di alam akhirat yang abadi!!! YA RABB, janlah biarkan diriku ini terleka dengan kecintaan duniamu..tapi, tanamkanlah di hatiku ini kecintaan abadi di akhirat sana....kerana Cinta di Akhirat sana itu yang diriku sangat-sangat impikan dan dambakan..BAHAGIANYA....

Ku ringkaskan sahaja coretan ini,kerana jika ku terlalu khusu' dengan menekan punat-punat keyboard ini ditambah dengan idea-idea yang mengalir deras dan melimpah laju ibarat air sungai..(ALHAMDULILLAH), maka tentu saja coretan ini bukan coretan biasa..malahan novel pula yang ku hasilkan..hehe..gurau jer..sapalah diriku ini..cerpen pun tak reti nak reka apatah lagi novel?? huhu..ku bukan dari golongan sastera..diri ini tak reti buat karangan berjela-jela...coretan ini jak yang ku boleh karang,hanya sekadar luahan rasa dihati..

Cinta pada Bunga ia akan layu,Cinta pada manusia tidak akan kekal tapi ku yakin Cinta pada ALLAH akan kekal abadie..Cintaku hany milikNYA...yang telah menciptakan aku sebagai seorang insan,sebagai perempuan,sebagai wanita!!(akan datang sebagai Isteri solehah, sebagai Ibu,sebagai nenek...dan....) itu yang tidak pasti..kerana ajal maut,jodoh pertemuan telah ditentukan olehNYA sejak di luh mahfuz lagi..(ku menadah tangan, Ya Rabb ku mengharapkan maghfirahMu,keredhaanMU,keberkatanMu.......)

Ya Rahmanu ya Rahim..ampunilah dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, dosa keluargaku,dosa semua guru-guruku..(termasuk ibu bapa,guru-guru SR,guru-guru SMA,para Lecture..) yang telah mendidikku dari ku kenal huruf ABC,123,Alif Baa Ta...sejak dahulu sehingga sekarang!! dan yang akan datang..insyaallah..seandainya diri ini masih ENGKAU izinkan untuk menghirup udara segar, melihat matahari yang begitu cantik apabila terbit dan terbenam..SUBHANALLAH!!! Melihat bulan yang silih berganti berubah aturannya..maksudnya diri ini boleh melihat bulan purnama,separa,sabit,hilal dan anak bulan!! fenomena siang dan malam..ALLAHUAKBAR!! hambamu betul-betul bersyukur ya RABB kerana dapat mengalami,menghayati indahnya ciptaanMU...ALHAMDULILLAH!!!

Erm jap erk,dahaga pula..nak minum air!! Alhamdulillah sebenarnya ku juga tertanya-tanya apakah yang membuatku melakarkan coretan ini?? lakar tak sesuaaaai la..ku bukan arkitek??menulis...erm mana ku pegang pensil or pen..hehe..lagilah tak boleh..jangan marah bah sahabat-sahabat yang ku kasihi..smile..hihi ku tersenyum sendiri..(tak ubah lagi sifat nakal diriku) saje je nak gurau-gurau bah..kalau tak ada gurau senda,mesti tak ada insan yang membaca coretan ni..betul tak?? hehe..adanya gurau senda boleh membuatkan insan lain terhibur, tersenyum,ketawa..and whatever...tapi ku tak retilah buat gurau senda lebih-lebih..spontan tanpa dirancang oelh kata hati..hehe...nanti ada pula insan yang terluka..owh. TTIIIIDDDDDDDDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKK!!!!!!! ku tak sanggup melihat sahabat-sahabatku sedih kerana diriku..ku sayang sahabat-sahabat sume..biarlah diri ini yang merana mengalami kesakitan,merasa sedih..biarlah iday yang mengalaminya..YA RABB..ku tak mahu sahabat-sahabat yang ku sayangi terlibat sama..huhu..La TAhzan Hidayah!!

Erm kenapa mata ini tak mengantuk lagi?? penat udah mataku menghadap skrin laptop ni..huhu..mesti sahabat-sahabat sume tertanya-tanya dan berfikirkan, apalah sebenarnya iday nak luahkan ni??? Right?? huhu..To be Qontinue...

Assalamualaikum

Doa

Doa

my signature


***