Peringatan buat diri ini

" Dalam hati ibu berkata: pergilah anakku...belajarlah bersungguh-sungguh, jangan kau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan..ibu tak hantar kamu kesana melainkan ibu percaya kepada kaum..kerana kamu anak ibu..." Dlm jiwa ayah pula berkat anakku, ayah lepaskan kamu dgn sejuta doa agar kamu tak pernah lupa nama yang kamu bawa d hujung namamu..hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa piala kejayaan anakku.." kenangilah mereka dala m setiap yang akan kamu lakukan HIDAYAH...

Asmaul Husna

Memaparkan catatan dengan label Remember. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Remember. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Januari 2010

Bahaya Kapur & Marker

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…assif jiddan kerana lama tak update blog nie..sebelum ia bersarang..bukan sarang semut yea..hehe..saya nak kongsi kepada sahabat2 semua tentang bahaya kapur & marker..
Kapur??? Marker??? Kenapa pula dengan 2 benda ni???  Mesti anda  tertanya-tanya apa kena dgn kapur dan marker.  Ingat tau saya bukan nak membincangkan tentang kapur  peluru or kapur barus yea…tapi pada hari ini saya ingin berkongsi ilmu kepada semua mengenai kapur  tulis(chalk) dan marker pen.. Ramai yang sedia maklum bahawa kapur dan marker adalah alat untuk menulis..right!! kedua-duanya  juga adalah sebahagian daripada ABM (alat bantu mengajar)…Lazimnya, penggunaan kapur  digunakan di sekolah rendah dan menengah pada satu ketika dulu..namun penggunaanya pada zaman globalisasi ini sudah agak berkurangan..Alhamdulillah….mengapa saya berkata begitu??  Kerana kesan daripada kapur itu amat bahaya kepada insan yang menggunakannya...siapa yang sering menggunakannya?? Aah tentulah insan yang bernama Cikgu,Ustaz,Ustazah,Sir,Teacher( yang penting seseorang yang bergelar GURU).Teringat kembali memory ketika saya di alam sekolah rendah dan menengah…guru menggunakan kapur untuk menulis di papan hitam atau papan hijau. Warna kapur tulis juga adalah pelbagai..warna-warni gitu..tapi sinonimnya guru-guru menggunakan kapur tulis berwarna putih. Bukan warna kapur yang ingin saya persoalkan di sini, tapi bahaya kapur itu pada insan yang menggunakannya. Guru menulis di papan hitam or papan hijau..habuk kapur yang jatuh mengenai muka dan akan memberi kesan kepadanya..tahukah anda, kesan kapur akan menyebabkan penyakit TIBI..
Pada era Globalisasi ini, penggunaan kapur telah digantikan dengan Marker pen. Tak kira di sekolah,IPTA,IPTS,kat office dan d mana2 jua..kebanyakkan menggunakan marker bagi menggantikan kapur tulis.tapi sedarkah anda bahawa marker pula mempunyai OL ( bukan LO yea…..LO maksudnya Learning Outcome.hehehehe…) OL ialah sejenis alkohol yang mempunyai racun...OL juga terdapat dalam arak..so Sesiapa yang minum arak maka Ia telah meminum racun...lihat sahaja bila pertama kali membuka marker pen, bau marker begitu kuat sekali..ada yang suka menghidunya begitulah sebaliknya....Tapi ingat yea jangan suka haruman marker,kerana ia terdapat OL....

Selasa, 29 Disember 2009

Rindu

Aku merindui TEMAN untuk berjuang,
Aku rindui SAHABAT untuk berjihad,
KAWAN senda dan tawa,
SADIQ untuk sama-sama bermuhasabah,
yang sama-sama menuntut ilmu ALLAH,sama-sama b'kerja demi ISLAM,
sama-sama berkorban demiNYA dan saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran...

Ya ALLAH ku mohon jagalah insan yang bergelar sahabatku....semoga kami mendapat maghfirahMU.....amin....

Rabu, 9 Disember 2009

KATA MUTIARA 2


saya menuntut ilmu bukan sekadar berbangga
saya menuntut ilmu untuk ke syurga
saya bekerja bukan sekadar mencari harta
saya bekerja untuk ke syurga
saya berbakti kepada org tua bukan sekadar balas jasa
saya berbakti kepada org tua untuk ke syurga
saya kembali pulang bukan sekadar nostalgia
saya kembali pulang untuk ke syurga
kupilih kamu bukan sekadar cinta
kupilih kamu untuk ke syurga
kujauhi yang lain bukan kerana tak suka
kutinggalkan yang lain kerana takut dosa.......

Selasa, 24 November 2009

Buatmu mujahid...


Ku biarkan rinduku bermukim,
Tidakku biarkan lagi resahku bermusim,
Ku biarkan ingatanku meruntun,
Tidakku biarkan lagi pengharapanku
beralun.

Biarkan rinduku seringkali menggamit,
Ingatanku padamu akan tergaris,
Bila resahku mendesah,
Jawapanmu tidak lagi keluh kesah,
Cinta yang bertandang jua impian yang
mendatang,
Keraguanku takkan lagi menjadi
penghalang.

Untuk seketika biarku simpan rinduku
disudut kalbu,
Untuk sementara biarku pendam cintaku
disegenap sukma,
Cintaku satu perasaan yang tidak dapat
dipelajari tetapi dialami,
Cintaku ini hanyalah secebis dari erti
kehidupan,
Uniknya cinta kerana ia menjelmakan
kasih sayang yang teragung dan suci,
Ku percaya manusia membina sahsiah
diri di muka bumi
Bermodalkan kasih sayang dan cinta.

Walau air mataku mengalir tidak henti,
Sederas air sungai tika musim
tengkujuh,
Namun ku yakin, perlahan-lahan duka
dan sedih itukan berlalu pergi,
Hatiku bak pohon semalu disentuh terus
menguncup layu,
Hatiku jua bagai kaca bila diketuk
retaknya ke seluruh sudut,
Hati…..berlagulah hanya dalam sepi,
Tabahlah menanggung beban duka
sendiri.

Janji dan azamku….
Kanku perbataskan perbuatanku,
Kanku singkatkan perbualanku,
Kanku sukat gerak dan gayaku,
Kanku pelihara kesucian dan maruah
diriku,
Tidakkanku terlalu murah senyumanku
dengan mana-mana lelaki ajnabi.

Kernaku tahu juaku mengerti.
Wanita solehah itu dipandang dari
peribadinya,
Dilihat dari akhlaknya,
Ditinjau dari lemah-lembutnya,
Ditafsirkan dari susunan kata-katanya,
Kegagahan wanita berdiri di atas teguh
imannya,
Dari sini wanita jua diriku diketahui
segalanya.

Pandanglah kataku,
Renunglah dengan mata hatimu
setulusnya,
Selamilah dasar hatiku berbisiklah
pada dirimu,
Ambillah mutiara kata yang baik buat
teladan,
Tinggalkan kata-kataku yang menyimpang
dari landasan kebenaran.

Seperti katamu yang kusemat dihatiku,
Hati ini milik-Nya,
Cinta ini kerana-Nya,
Hidup ini semestinya untuk-Nya.

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
dan pandangan hatilah yang hakiki,
Ketika iman sudah menghias hati,
dan kemanisannya mula dikecapi,
Semua ujian tidak akan menggugat diri,
Kesuyian…kesedihan dan kekecewaan akan
berganti,
dengan keyakinan dan kesyukuran.

Jika tidakku perhati hikmahnya dengan
mata hati,
Jika tidakku zuhud dalam pencarian
cintaku,
Jika tidakku teguh mengukir senyum
buat pengubat kerunsingan,
Jika tidakku seikhlas jiwa semurni
sanubari memohon keampunan-Nya,
Jika tidakku titiskan air mata
keinsafan,
Jika tidakku renung dan resapkan
keyakinanku pada-Nya,
Jika tidakku pasrah dengan ketentuan-
Nya,
Mana mungkin ku dambakan kasih-Nya
dalam iman…?
Bagaimana pula bolehku harap redha
dari-Nya…?



Isnin, 2 November 2009

Tinta buat ADAM





Adam.....

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adamku....

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.


Adam...

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!

Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?

Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....


Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...


Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu...



Sabtu, 17 Oktober 2009

10 Wasiat

1) Menyegerakan solat apabila tiba waktunya, sepanjang tidak ada keuzuran.

2) Bacalah al-Quran,buatlah kajian dan dengarlah perbahasan ilmiah.berzikirlah kepada Allah,Jangan menghabiskan masa untuk sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat.

3) Rajinlah berusaha bertutur dalam bahasa ARAB dengan fasih kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.

4) Janganlah banyak berdebat dalam segala urusan kerana ia akan membawa kepada pertengkaran yang tidak akan mendatangkan kebaikan.

5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan ALLAH bersifat tenang dan tegas.

6) Janganlah banyak bergurau kerana ummat yang berjuang (jihad) hanya mengenal ketegasan.

7) Janganlah meninggikan suara melebihi had yang diperlukan oleh pendengar kerana ia merupakan perbuatan sia-sia dan menyakitkan hati.

8) Janganlah mengumpat atau memanggil dengan gelaran yang buruk dan janganlah berkata kecuali perkara-perkara yang baik.

9) Berkenalanlah dengan saudara seIslam di mana-mana sahaja, sekalipun dalam keadaan mereka tidak meminta berbuat demikian kerana dasar seruan Islam ialah kasih sayang dan berkenalan.

10) Kewajipan hidup lebih banyak daripada waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya.Jika ada urusan penting, maka segerakanlah ia..

P/S: untuk diriku yang alpa dan lalai....

Khamis, 15 Oktober 2009

Tolong sampaikan pada si dia…



Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

semoga dia suamiku dunia akhirat.....jika hambamu ini xbertemu jdh di dunia...ku pasrah...keranaku dambakan di akhirat sana...yg pasti & kekal abadi...Ya Rabb semoga diri ini mjadi mawar berduri...redhai & berkatilah hambamu yg dhaif ini..ku hnya seorang wanita yg bengkok...dan ku harapkan dia boleh meluruskanku ke jalan yg ENGKAU redhai...akhirat sana yg ku utamakan….

Assalamualaikum

Doa

Doa

my signature


***