1) Menyegerakan solat apabila tiba waktunya, sepanjang tidak ada keuzuran.
2) Bacalah al-Quran,buatlah kajian dan dengarlah perbahasan ilmiah.berzikirlah kepada Allah,Jangan menghabiskan masa untuk sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat.
3) Rajinlah berusaha bertutur dalam bahasa ARAB dengan fasih kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.
4) Janganlah banyak berdebat dalam segala urusan kerana ia akan membawa kepada pertengkaran yang tidak akan mendatangkan kebaikan.
5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan ALLAH bersifat tenang dan tegas.
6) Janganlah banyak bergurau kerana ummat yang berjuang (jihad) hanya mengenal ketegasan.
7) Janganlah meninggikan suara melebihi had yang diperlukan oleh pendengar kerana ia merupakan perbuatan sia-sia dan menyakitkan hati.
8) Janganlah mengumpat atau memanggil dengan gelaran yang buruk dan janganlah berkata kecuali perkara-perkara yang baik.
9) Berkenalanlah dengan saudara seIslam di mana-mana sahaja, sekalipun dalam keadaan mereka tidak meminta berbuat demikian kerana dasar seruan Islam ialah kasih sayang dan berkenalan.
10) Kewajipan hidup lebih banyak daripada waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya.Jika ada urusan penting, maka segerakanlah ia..
P/S: untuk diriku yang alpa dan lalai....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan