" Dalam hati ibu berkata: pergilah anakku...belajarlah bersungguh-sungguh, jangan kau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan..ibu tak hantar kamu kesana melainkan ibu percaya kepada kaum..kerana kamu anak ibu..." Dlm jiwa ayah pula berkat anakku, ayah lepaskan kamu dgn sejuta doa agar kamu tak pernah lupa nama yang kamu bawa d hujung namamu..hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa piala kejayaan anakku.." kenangilah mereka dala m setiap yang akan kamu lakukan HIDAYAH...
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah SAW
bersabda :
“sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram), maka Allah
SWT akan memberi kepadanya pahala 10,000
Malaikat, diberi pahala 10,000 orang berhaji & berumrah dan 10,000 pahala
orang mati syahid dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada
hari tersebut maka Allah SWT akan menaikkan setiap rambut satu darjat. Dan
sesiapa yang member makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mu’min pada
hari Aasyura, maka seolah-olah dia member makan pada seluruh ummat Rasulullah
SAW yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka”
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah SAW :
“ Ya Rasulullah SAW, adakah Allah telah
melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?? ”
Maka Baginda bersabda :
“ Ya memang benar.
Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada 10
MUHARRAM
¬Allah SWT menjadikan
langit dan bumi pada hari Aasyura,
¬Allah SWT menjadikan
laut
¬Allah SWT menjadikan
bukit-bukit
¬Allah SWT
menciptakan Nabi Adam dan Hawa
¬Lahirnya Nabi
Ibrahim
¬Allah SWT
menyelamatkan Nabi Ibrahim dari Api
¬Allah SWT
menenggelamkan Firaun
¬Allah SWT
menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s
¬Allah SWT menerima
taubat Nabi Adam
¬Allah SWT
mengampunkan dosa Nabi Daud a.s
¬Allah SWT mengembalikan
kerajaan Nabi Sulaiman
¬Berlakunya HARI
KIAMAT itu pada hari Aasyura
Marilah kita renungkan bersama fadhilat 10
Muharram….apa tunggu lagi?? Ikhlaskan diri kita melakukan perkara2 sunat…semoga
kita diberkati & dirahmati olehNYA..amin!!
Al-quran itu kenal siapa sang perindunya, ia kenal siapa yg bersengkang mata dan mujahidah yg membacanya, ia kenal siapa yang menhayatinya, mengamal segala ahkamnya, memperjuang segala perintah, seruan serta petunjuknya..jadi berbahagialah wahai generasi al-Quran!! pada zaman manapun dirimu berada.cukuplah engkau faham erti menjaga dan mengamalkannya!! Moga kita memperoleh kemanisan bersamanya..amin..
salam ma'al hijrah 1431 kepada seluruh umat Islam di dunia...
Ku biarkan rinduku bermukim, Tidakku biarkan lagi resahku bermusim, Ku biarkan ingatanku meruntun, Tidakku biarkan lagi pengharapanku beralun.
Biarkan rinduku seringkali menggamit, Ingatanku padamu akan tergaris, Bila resahku mendesah, Jawapanmu tidak lagi keluh kesah, Cinta yang bertandang jua impian yang mendatang, Keraguanku takkan lagi menjadi penghalang.
Untuk seketika biarku simpan rinduku disudut kalbu, Untuk sementara biarku pendam cintaku disegenap sukma, Cintaku satu perasaan yang tidak dapat dipelajari tetapi dialami, Cintaku ini hanyalah secebis dari erti kehidupan, Uniknya cinta kerana ia menjelmakan kasih sayang yang teragung dan suci, Ku percaya manusia membina sahsiah diri di muka bumi Bermodalkan kasih sayang dan cinta.
Walau air mataku mengalir tidak henti, Sederas air sungai tika musim tengkujuh, Namun ku yakin, perlahan-lahan duka dan sedih itukan berlalu pergi, Hatiku bak pohon semalu disentuh terus menguncup layu, Hatiku jua bagai kaca bila diketuk retaknya ke seluruh sudut, Hati…..berlagulah hanya dalam sepi, Tabahlah menanggung beban duka sendiri.
Janji dan azamku…. Kanku perbataskan perbuatanku, Kanku singkatkan perbualanku, Kanku sukat gerak dan gayaku, Kanku pelihara kesucian dan maruah diriku, Tidakkanku terlalu murah senyumanku dengan mana-mana lelaki ajnabi.
Kernaku tahu juaku mengerti. Wanita solehah itu dipandang dari peribadinya, Dilihat dari akhlaknya, Ditinjau dari lemah-lembutnya, Ditafsirkan dari susunan kata-katanya, Kegagahan wanita berdiri di atas teguh imannya, Dari sini wanita jua diriku diketahui segalanya.
Pandanglah kataku, Renunglah dengan mata hatimu setulusnya, Selamilah dasar hatiku berbisiklah pada dirimu, Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan, Tinggalkan kata-kataku yang menyimpang dari landasan kebenaran.
Seperti katamu yang kusemat dihatiku, Hati ini milik-Nya, Cinta ini kerana-Nya, Hidup ini semestinya untuk-Nya.
Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, dan pandangan hatilah yang hakiki, Ketika iman sudah menghias hati, dan kemanisannya mula dikecapi, Semua ujian tidak akan menggugat diri, Kesuyian…kesedihan dan kekecewaan akan berganti, dengan keyakinan dan kesyukuran.
Jika tidakku perhati hikmahnya dengan mata hati, Jika tidakku zuhud dalam pencarian cintaku, Jika tidakku teguh mengukir senyum buat pengubat kerunsingan, Jika tidakku seikhlas jiwa semurni sanubari memohon keampunan-Nya, Jika tidakku titiskan air mata keinsafan, Jika tidakku renung dan resapkan keyakinanku pada-Nya, Jika tidakku pasrah dengan ketentuan- Nya, Mana mungkin ku dambakan kasih-Nya dalam iman…? Bagaimana pula bolehku harap redha dari-Nya…?
lirik lagu ini.....membuat Qalbie tersentuh sehingga menitiskan manik-manik mutiara putih dari kelopak mata...meresap hingga menginsafkan diri...semoga kita semua hambaNYA mendapat keampunan dan keredhaanNYA...AMiiiN..hayatilah dan renungkanlah maknanya..
Tafakur
Album : Tafakur
Munsyid : Zikraa
http://liriknasyid.com
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku
Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai Adamku....
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....
Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...
Salam sahabat2 sume, Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan untuk diri ini menghirup udara yang segar dan nyaman..ku panjatkan syukurillah...camna persediaan imtihan? berdebar rasanya nak menghadapi peperangan kali ini...takut sangat..semoga Allah memberi kemudahan kepada kita untuk menghadapi peperangan kecil yang bakal menjelma...1hb november ku akan memulakan peperangan bersama-sama sahabat dan warga udm...nasihat dariku kepada sahabat2 yang sama-sama menjalani imtihan nanti, study rajin-rajin,cekalkan hati,banyakkan berzikir denganNYA, dekatkan diri dengan amalan-amalan sunat...semoga kita semua diberkati olehnya...Ameen!!!!
tak sabar nak balik ke negeri tercinta...sabah....rindu dengan karenah dan celoteh anak2 buah dan cousin2....dilla sayang, tunggu bonda tau..jangan nakal2...nant bonda beli ole2 dari terengganu ya cayang...tunggu bonda d airport ya...
1) Menyegerakan solat apabila tiba waktunya, sepanjang tidak ada keuzuran.
2) Bacalah al-Quran,buatlah kajian dan dengarlah perbahasan ilmiah.berzikirlah kepada Allah,Jangan menghabiskan masa untuk sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat.
3) Rajinlah berusaha bertutur dalam bahasa ARAB dengan fasih kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.
4) Janganlah banyak berdebat dalam segala urusan kerana ia akan membawa kepada pertengkaran yang tidak akan mendatangkan kebaikan.
5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan ALLAH bersifat tenang dan tegas.
6) Janganlah banyak bergurau kerana ummat yang berjuang (jihad) hanya mengenal ketegasan.
7) Janganlah meninggikan suara melebihi had yang diperlukan oleh pendengar kerana ia merupakan perbuatan sia-sia dan menyakitkan hati.
8) Janganlah mengumpat atau memanggil dengan gelaran yang buruk dan janganlah berkata kecuali perkara-perkara yang baik.
9) Berkenalanlah dengan saudara seIslam di mana-mana sahaja, sekalipun dalam keadaan mereka tidak meminta berbuat demikian kerana dasar seruan Islam ialah kasih sayang dan berkenalan.
10) Kewajipan hidup lebih banyak daripada waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya.Jika ada urusan penting, maka segerakanlah ia..
Andai jiwa parah kerana terluka dengan seribu dugaan, BERISTIGHFARlah….
Andai hati gelisah kerana sesuatu yang di nantikan, BERTAWAKKALlah…
Andai kalbu sayu kerana kejauhan dari nikmatNYA, BERSUJUDlah….
Sesungguhnya, Allah mendengar rintihan dari hatimu yang ikhlas kerana segala pujian-pujian dirafaqkan kepadaNYA dengan kekuatan nuranimu…
Teman, setiap kali bersamamu, hanya senyuman dan ketenangan yang kulihat di wajahmu,
Tikaku di landa badai masalah dan tersungkur jatuh, kau berikanku suntikan semangat..
Teman, andai kau seindah mawar dan aku adalah semalu….bagimu persahabatan tiada diskriminasi..
Ketulusanmu dalam bersahabat menyebabkan diriku sukar melupakanmu..
Teman, tidakku lupa saat manis kita bersama…keranamu teman, aku mengerti kehidupan sebenar..
Terimalah…aku seadanya…buruk dan baikku..Demi sebuah PERSAHABATAN..salam sayang buatmu TEMAN…
Ya ALLAH, kiranya RasulMU hidup berSAHABAT,kurniakan jua aku sahabat,
Tapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong yang membenarkanMU seperti kebenaran As-Siddiq,
Biarlah sahabat-sahabat dari pintu-pintu ilmumu seperti Ali…ya ALLAH, kiranya semua itu tak layak buatku, aku bersyukur dipertemukan SAHABAT yang satu ini…
Mungkin padanya ada segalanya yang tak pernah ku selami..mungkin padanya letaknya apa yang ku impikan selama ini..
Tapi, jika aku seorang sahabat yang tak menghargai, KAU ampunkan dosaku..dan KAU kurniakan kegembiraan kepada sahabatku ini.
Duhai sahabatku…
Titipan Illahi yang teristimewa untukku, Izinkanku menyeka air matamu yang mengalir dek hebatnya ujian ALLAH…akanku sambut dikau kala tersungkur di perjalanan dakwah…dan ingatlah sesungguhnya kau ku kasihi kerana ALLAH.
Ku tak pernah impikan pertemuan ini, apalagi mengharapkan hidup yang kosong kembali berseri,
Haruman ukhwah yang kau sirami bak hembusan kasturi menyegarkan rohani,
Siapa aku tak layak dihargai..Tapi kau tetap tegar melayaniku, ku lafazkan zikir alunan Illahi,
Sujud menangisi anugerah persahabatan suci, moga kita tetap bersama meniti hari,
Jatuh bangun sama dirasai, teruskan perjuanganmu walau darah menitis membasahi bumi.
P/S: terima kasih sahabat yang berada jauh di mata dekat di hati...perjuangan kita masih belum selesai...
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
semoga dia suamiku dunia akhirat.....jika hambamu ini xbertemu jdh di dunia...ku pasrah...keranaku dambakan di akhirat sana...yg pasti & kekal abadi...Ya Rabb semoga diri ini mjadi mawar berduri...redhai & berkatilah hambamu yg dhaif ini..ku hnya seorang wanita yg bengkok...dan ku harapkan dia boleh meluruskanku ke jalan yg ENGKAU redhai...akhirat sana yg ku utamakan….
21 ogos 2009 12.49am (Jumaat) 30 Syaaban 1430H (malam yang penuh kedinginan)
Cinta?? Ada apa dengan Cinta?? Ish ni bukan movie Indon 2,sapa nama ia..? owh Rangga dengan Cinta..Erm...Cinta terlalu luas dan dalam maksudnya..sometimes diri ini tak dapat nak takrifkan definisi cinta...yang ku tau,definisi Cinta terlalu abstrak untuk disimpulkan...erm..mesti insan di dunia ini telah merasai & mendalami erti Cinta..betul tak sahabat sume?? hehe..begitu juga dengan diriku..ku telah lama mengenal apa itu Cinta.....antaranya Cinta pada Allah,Rasulullah SAW dan keluarga baginda,para sahabat,para tabiin yang telah berjuang demi menegakkan Agama ALLAH, para mujahid yang berjuang fisabilillah...tidak lupa juga Cinta pada Mama bapaku,familyku dan Cinta pada seseorang iaitu bakal ZAUJKU..(erm,bilakah dirimu muncul dalam hidupku?? ku setia menantimu,jika bukan fid dunia,kita akan bertemu fil akhirat sana yang kekal Abadie..Insyaallah ya zauj..
Selama 23 tahun ku telah melihat dunia ini..(erm xsampai 23 lagi..tapi jika diri ini diberi kesempatan untuk menemui disember 2009! Insyaallah bertambah matanglah aku....dan pada saat itu genaplah umurku 23 tahun!!!..erm matured ke?? hahaha...ketawa jak bah iday nie..huhu..jangan leka iday!!!
Ya RABB, ku syukuri nikmat hidup, nikmat kesihatan yang telah Engkau anugerahkan pada hambamu yang dhaif ini..syukurillah...Alhamdulillah....
Ku termenung sejenak melihat bunga Ros di hujung meja studyku..bunga yang telah diberikan oleh sahabat-sahabatku ketika hari konvokesyen....seingat aku, bunga Ros( Mawar lah) hehe...begitu cantik warnanya,kelopaknya yang lembut...hehe..mampu menawan hati sesiapa yang menerimanya.......hihihi..sewaktu ku terima awal dahulu..Tapi!!!! malam ini baru ke sedar, 3 kuntum bunga Ros telah pun layu menundukkan kelopaknya, daun-daunnya juga telah meluruhkan diri...erm..luruh bukan dekat bawah tanah,just luruh atas meja studyku jer..hehe..
Begitulah nyawa yang ada pada sejambak???erm sekuntum??? bilamasa ku dapat sejambak atau sekuntum bunga nie?? hihi..erm 3 kuntum bunga Ros tadilah...hehe..bunga ada nyawa ker??....Begitulah semua ciptaan Allah di dunia ini..semuanya indah!!! tapi satu saat yang indah itu akan tamat jua riwayatnya...maksudnya, Hidup hanya sementara di dunia ini,tidak akan kekal melainkan di alam akhirat yang abadi!!! YA RABB, janlah biarkan diriku ini terleka dengan kecintaan duniamu..tapi, tanamkanlah di hatiku ini kecintaan abadi di akhirat sana....kerana Cinta di Akhirat sana itu yang diriku sangat-sangat impikan dan dambakan..BAHAGIANYA....
Ku ringkaskan sahaja coretan ini,kerana jika ku terlalu khusu' dengan menekan punat-punat keyboard ini ditambah dengan idea-idea yang mengalir deras dan melimpah laju ibarat air sungai..(ALHAMDULILLAH), maka tentu saja coretan ini bukan coretan biasa..malahan novel pula yang ku hasilkan..hehe..gurau jer..sapalah diriku ini..cerpen pun tak reti nak reka apatah lagi novel?? huhu..ku bukan dari golongan sastera..diri ini tak reti buat karangan berjela-jela...coretan ini jak yang ku boleh karang,hanya sekadar luahan rasa dihati..
Cinta pada Bunga ia akan layu,Cinta pada manusia tidak akan kekal tapi ku yakin Cinta pada ALLAH akan kekal abadie..Cintaku hany milikNYA...yang telah menciptakan aku sebagai seorang insan,sebagai perempuan,sebagai wanita!!(akan datang sebagai Isteri solehah, sebagai Ibu,sebagai nenek...dan....) itu yang tidak pasti..kerana ajal maut,jodoh pertemuan telah ditentukan olehNYA sejak di luh mahfuz lagi..(ku menadah tangan, Ya Rabb ku mengharapkan maghfirahMu,keredhaanMU,keberkatanMu.......)
Ya Rahmanu ya Rahim..ampunilah dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, dosa keluargaku,dosa semua guru-guruku..(termasuk ibu bapa,guru-guru SR,guru-guru SMA,para Lecture..) yang telah mendidikku dari ku kenal huruf ABC,123,Alif Baa Ta...sejak dahulu sehingga sekarang!! dan yang akan datang..insyaallah..seandainya diri ini masih ENGKAU izinkan untuk menghirup udara segar, melihat matahari yang begitu cantik apabila terbit dan terbenam..SUBHANALLAH!!! Melihat bulan yang silih berganti berubah aturannya..maksudnya diri ini boleh melihat bulan purnama,separa,sabit,hilal dan anak bulan!! fenomena siang dan malam..ALLAHUAKBAR!! hambamu betul-betul bersyukur ya RABB kerana dapat mengalami,menghayati indahnya ciptaanMU...ALHAMDULILLAH!!!
Erm jap erk,dahaga pula..nak minum air!! Alhamdulillah sebenarnya ku juga tertanya-tanya apakah yang membuatku melakarkan coretan ini?? lakar tak sesuaaaai la..ku bukan arkitek??menulis...erm mana ku pegang pensil or pen..hehe..lagilah tak boleh..jangan marah bah sahabat-sahabat yang ku kasihi..smile..hihi ku tersenyum sendiri..(tak ubah lagi sifat nakal diriku) saje je nak gurau-gurau bah..kalau tak ada gurau senda,mesti tak ada insan yang membaca coretan ni..betul tak?? hehe..adanya gurau senda boleh membuatkan insan lain terhibur, tersenyum,ketawa..and whatever...tapi ku tak retilah buat gurau senda lebih-lebih..spontan tanpa dirancang oelh kata hati..hehe...nanti ada pula insan yang terluka..owh. TTIIIIDDDDDDDDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKK!!!!!!! ku tak sanggup melihat sahabat-sahabatku sedih kerana diriku..ku sayang sahabat-sahabat sume..biarlah diri ini yang merana mengalami kesakitan,merasa sedih..biarlah iday yang mengalaminya..YA RABB..ku tak mahu sahabat-sahabat yang ku sayangi terlibat sama..huhu..La TAhzan Hidayah!!
Erm kenapa mata ini tak mengantuk lagi?? penat udah mataku menghadap skrin laptop ni..huhu..mesti sahabat-sahabat sume tertanya-tanya dan berfikirkan, apalah sebenarnya iday nak luahkan ni??? Right?? huhu..To be Qontinue...